i HEART u
Wednesday, February 27, 2013
LUAH
mungkin kerana hati aku ni dah tak cukup kuat nak memendam rasa
ya.aku jenis yang memendam rasa.
tidak mudah untuk aku meluahkan perasaan kepada sesiapun
tidak terkecuali ibu dan ayah,kakak,abang mahupun adik.
mungkin orang akan melihat aku sebagai seorang yang sunyi.
tidak sama sekali kerana ini cara aku,sifat aku dan peribadi aku
aku akan sedaya upaya tidak meluahkan apa yang aku rasa
tapi mulut aku ni berbisa tahu.
mungkin sudah ramai yang terasa hati.
maaf sama sekali.
aku tidak berniat begitu. mungkin cuma aku hendak menyatakan apa yang benar dari terus menipu
bukan sahaja menipu orang malah lagi teruk menipu diri sendiri.
like people say. "kebenaran kadangkala menyakitkan"
mungkin itu kenyataan yang tepat untuk apa yang aku katakan yang telah menyakitkan hati orang.
apapun maaf dipinta.
aku sememangnya kasar mungkin.
even ada orang yang meramal2(x patut percaya) pun kata aku ni mulut kasar atau dalam bahasa negeri aku "mulut caboi"
aku kena berhati hati dalam percakapan.
THINK BEFORE YOU SPEAK
please keep that in mind Nurrul Ishmah Md Zain :)
take note.
dan kalau kau sudah tidak tahan dengan apa yang kau ingin luahkan dan jika ia bakal menyakitkan jika kau luahkan, adalah elok kalau kau diamkan sahaja.
mungkin itu cara terbaik mungkin. seperti selemah lemah iman.
tapi haruslah berusaha dahulu.
adios :)
Saturday, February 23, 2013
Saturday, July 21, 2012
NOTE !!!
tapi kalau dengan sesetengah @ sesuatu itu kita dapat agak
malam ini aku sudah tahu
jadi harus berhati hati kemudian
kadang2 apa yang kita cakap tentang seseorang (especially the dislike one)
datang semula kepada kita
walaupun dengan niat hanya menasihati
karma hidup barangkali
hidup ni tiada siapa yang tahu kecuali
Allah Yang Esa
Sunday, June 3, 2012
me VERSUS you you you...
Saturday, May 19, 2012
Ukhwah
Wednesday, May 9, 2012
Wednesday, January 4, 2012
Tuesday, October 18, 2011
terima kasih sangat2 sebab buat aku macam ni…
don’t know who to talk with…
Saturday, March 19, 2011
sgt tdak sempat utk menghupdate blog...
kehidupan di shah alam memang sangat busy...
sangat rindu nak update blog n nak blogwalking...
insyaAllah akan cube sedaya upaya hupdate...
today of to penang...
for International Conference on Globalisation, Governance and Sustainability for Youth in ASEAN...
pray for me yep even jd observer je...
t aku n yg laen bkal msuk Astro Awani for live tv show...
jgn lupe tgok nthen mntak sign..
ahaahhahahhaa...
over kan..?
k la..
out..
pray for my save journey...
Thursday, February 17, 2011
jiwa kacau
Tuesday, February 8, 2011
SAYA XSUKE AWAK… SAYA BENCI AWAK…
Kenapa di antara ramai makhluk tuhan yang saye admire,
AWAK yang paling bagi kesan…
SAYA nak sangat2 tahu kenape…
Sebab SAYA xsuka dengan perasaan SAYA sekarang ni…
Nak kata AWAK hensem,xde lah sangat(tapi hensem la jugak)…
Nak kata AWAK ni berbeza dari lelaki2 laen pun xjugak…
Nak kata AWAK ni special dalam sesuatu hal pun xjugak…
Bila fikir2 balik…
Kenape SAYA SUKE AWAK…
Kenape SAYA SAYANG AWAK…
Kenape SAYA boleh tertarik dengan AWAK…
Kenape SAYA sangggup buat bende BODOH demi AWAK…
N YOU know what,
Because of YOU, I have done the most embarrassing thing that I’ve never done it to anybody else…
Aaaarrrrgggggggghhhhhhhhhhh…
Until now,
I still remember U…
Sometimes I miss U…
DAMN!!!
Its hard for ME to forget YOU…
Apelah yang AWAK dah mandremkan kat SAYA ni…
Minyak dagu ke minyak pipi ke minyak dahi yang AWAK gune nih…
AWAK ni memang boleh diumpamakan sebagai VIRUS yang selalu dalam diam2 masuk dalam memory computer yang boleh diumpamakan jugak sebagai memory kepala hotak SAYA…
Tapi macam computer or laptop tu ade penawarnye…
Avira,kaspersky n macam lagi la…
Kalau SAYA nak gune ape…
Any suggestion..?
CLOROX? VANISH?
for now
Sampai sekarang SAYA x tertarik kat mane2 lelaki lagi…
Kenape ye LAMBAT N SUSAH sangat nak lupe AWAK…
Tinggi nye MANDAT AWAK dalam hati dan fikiran SAYA…
SAYA harap dapat lupekan AWAK as soon as possible…
SAYA harap xjumpe AWAK dah kat mane2 pun…
Sebab kalau SAYA terjumpa @ terserempak dengan AWAK,
SAYA XTAHU SAYA AKAN BUAT APE…
MAYBE AKAN BUAT BENDE BODOH LAGI…
p/s:semoga jodoh yang betol2 ditetapkan oleh ALLAH di Luh Mahfuz untuk saya akan muncul n hadir dalam hidup saya as soon as possible sebelum hati dan fikiran saya terjatuh kepada orang yang salah lagi sebab saya nak CINTA YANG SUCI… Saya nak CINTA n KASIH SAYANG yang saya bagi tu SUCI dan x tercemar lagi keSUCIannye… AMIN…
p/s:sorry xdapat balas kunjungan kalian sebab internet kat sini memang gile datuk laju r…
huh!hehhehhehehee
Saturday, January 29, 2011
saye happy saye xbalik kg lagi...
Tuesday, January 25, 2011
welcome back
long time no see...
long time no chat...
3 bulan aku menyepi...
malas nak ber on9...
bile duk umah semue dah jadi xpenting...
phone da lempar ke mane...
sian org yg kol n sms...
maap la ye...
spnjang 3 bulan cuti sementara menunggu result degree,
aku jd babysitter terbaek punye...
sape ade anak boley hantar kat aku...
hahahhahhahhahha...
confirm anak korg xkan didera seperti yg amah2 asing buat tue...
rindu kat blog sofee,fs,feeqa,ika,zie,dyah,nas,mr.syah,nick irfan,umar,hans n ramai lg...
jenuh nak sebut semue...
sebut yg mne ingat je...
skang ni aku currently study at
Universiti Teknologi MARA (UiTM)Shah Alam
Bachelor in Corporate Administration (BCA) (Hons)
thats all for today..
xtaw nk membebel ape...
tp nanti nak cte pengalaman duk kt s.alam yg serba mencabar ni...
daaaaaaaaaaaaa...
nyte...
shwet dream...
sleep tight...
Saturday, September 25, 2010
kening kena jahit 4 jahitan!!!
Thursday, September 23, 2010
Wednesday, September 22, 2010
Tuesday, September 21, 2010
berkampung...!!!
Sunday, September 19, 2010
sad love season!!!
Friday, September 17, 2010
jangan maen2!!!
Antara Kemahuan dan Redha
"Pokwe, nak tanye sket...Apa pendapat ko kalau aku kahwin senyap-senyap??"
‘Hmm...sebelum tu, aku nak tanye ko dulu soalan ni. Apa pendapat ko misalkata ko ni seorang ayah, dan tau-tau je, anak ko dah kahwin tanpa pengetahuan ko??..Apa ko buat??'
Sunyi sepi....
"
'Hmm...ade ko tanya kenapa mak ko tak bagi?'
"Itulah, aku dah tanya, alasan dia, suruh habis belajar dulu. Lepas tu, baru boleh nak fikir pasal kahwin-kahwin ni.."
‘Aku tak rasa satu tu je sebab yang mak kau tak nak bagi..Ko kena fikir dalam-dalam pandangan seorang ibu ni macamana..'
"Aku tak fahamlah mak ayah zaman sekarang ni, diorang tak faham keadaan kita. Aku takut tak dapat kawal diri je ni, tu yang aku fikir nak teruskan niat aku"..
Serba sedikit dialog yang pernah terjadi suatu ketika dahulu. Konflik tentang perkahwinan, sentiasa membelenggu para pemuda zaman ini. Antara kemahuan diri dan restu keluarga, sentiasa membelenggu pemikiran anak-anak muda, lebih-lebih lagi yang sedang hanyut dibuai cinta.
Mengapa Dihalang?
Inilah antara persoalan utama yang menjadi titik punca. Pandangan seorang ayah, selalunya dalam hal perkahwinan anak-anak mereka sangat ringkas dan tidak banyak kerenah. Kalau ada pun, hanya berkaitan dengan soal calonnya, berkenan atau tidak , dan selalunya apa yang menjadi pilihan si anak, ayah akan bersetuju. Apa yang dirasakan oleh si ayah, adalah mungkin sudah sampai masanya si anak belajar untuk membina keluarga sendiri.
Berbanding si ibu. Ibu , mendengar namanya sudah sayu. Dialah yang membesarkan, dialah yang mengandungkan kita, dialah yang menyusukan kita, dan ada kala, ketika si ibu sedang makan, terdengar sahaja rengekan anak kecil, anak disegerakan jamahan makanan itu, tetapi selalunya akan ditinggalkan terus juadahnya hanya untuk anak tercinta. Seorang ibu, membesarkan anak-anaknya sepenuh kasih sayang yang ada padanya. Sedihnya anak, pilu baginya, gembira si anak, senyuman dibibirnya, bak kata, setiap perilaku si anak, semuanya berbekas di hati seorang ibu.
"Mak kau tak bagi mungkin sebab sayang sangat kat kau kot, tu yang tak nak lepas tu"
Mungkin ada benar dan mungkin perlu diselidik apa yang menyebabkan terhalangnya kita meneruskan hasrat untuk berumah tangga. Seorang ibu, jarang menolak permintaan anaknya. Buruk-buruk anaknya, itulah buah hatinya. Sebut sahaja permintaan dari si anak, nak masak lemak la, nak nasi beriyani la, nak jajan ( makanan ringan ), apa sahaja kalau dihitung pasti kita akan mengakui seorang ibu jarang menolak permintaan anaknya. Tetapi, mengapakah pada permintaan yang satu ini sangat susah baginya untuk dia menyatakan persetujuannya?
Seorang ibu, apabila dia menyatakan ketidak setujuannya, pasti ada sesuatu yang tersimpul di sebalik itu. Seorang ibu, apabila menolak permintaan anaknya untuk mendirikan rumah tangga, dia tahu anaknya belum tiba masa lagi untuk diteruskan hajatnya. Ketika ini, apa yang bermain di fikirannya, apakah anakku ini boleh menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab? Mungkin soalan ini timbul kerana, dia akan membandingkan sikap suaminya (ayah kita) dengan sikap kita. Jika dia tidak bersetuju, pasti ada yang kurang pada diri kita yang menyebabkan kurangnya keyakinan dia untuk bersetuju dengan hasrat kita.
Bagaimana sikap Kita ?
Selepas subuh, tarik selimut kembali. Selepas makan , letak pinggan di dalam sinki sahaja, mengharapkan ada orang tolong basuhkan. Baju-baju kotor dibiarkan sahaja bersepah tanpa ada inisiatif untuk basuh. Jika inilah sikap kita di rumah, bagaimanakah seorang ibu mahu membenarkan anaknya untuk mendirikan rumah tangga jika dirinya tidak ada sifat bertanggungjawab sekurang-kurangnya pada diri sendiri, inikan pula bila sudah berumah tangga...
Sikap yang ada ini perlulah diubah dalam memberikan keyakinan si ibu bahawa anaknya sudah kenal erti tanggungjawab. Balik rumah , dalam seminggu dua, pujuklah hati si ibu dengan kerja-kerja rumah yang dilakukan. Unjurkan apa sahaja kerja-kerja rumah dari ibu, bahawa biar sahaja kita yang buat. Belikan sedikit cendera hati pada ibu, untuk menarik hatinya. Bila balik rumah, salam tangan ibu, cium tangan ibu. Kalau boleh buat lebih lagi, kucup pipi ibu, bisikkan pada telinganya ‘bang cik sayang mama'. Usahakan cara-cara yang boleh menarik hati ibu ataupun ayah. Keras mana hati ibu untuk melepaskan kita, pasti akan lembut jua akhirnya jika kita memujuk dengan kerja-kerja, kata-kata kita, dan yang terpenting bahawa kita takkan melupakan mereka walaupun sudah berkahwin nanti.
Mengapa Mahu Tergesa-gesa?
Leceh. Mungkin itulah antara yang terbit dari mulut kita bila diberikan penyelesaian untuk masalah yang timbul. Tetapi, perlu ditanya semula, mengapa mahu tergesa-gesa? Mungkin dengan kelecehan itulah, tersingkap suatu keberkatan. Perkahwinan bukan hanya kita berkahwin dengan pasangan kita, tetapi kita juga 'berkahwin' dengan keluarganya. Selain itu juga, kita membesarkan keluarga kita. Kalau sebelum ini, kita hanya ada 3 orang adik, selepas berkahwin, ada 10 orang adik, sebelum kahwin , hanya ada seorang ibu dan seorang ayah, tetapi selepas berkahwin, kita ada dua orang ayah dan dua orang ibu. Dengan kata lain, keluarga kita membesar. Dengan membesarnya keluarga ini, benda paling utama kena jaga adalah hati.
Jika dengan kahwin senyap-senyap itu boleh menyelesaikan ‘perasaan' itu, boleh mengelakkan zina, maka itu hanya satu segi. Tetapi mengapakah dalam bab ini, kita membelakangkan keluarga yang selama ini membesarkan kita? Kita sanggup bersama pasangan kita yang hanya dikenali tidak terlalu lama, dan membelakangkan kasih sayang yang selama ini dicurahkan kepada kita sejak kecil?
Kita mudah mendapat syurga, tetapi kita ikut jalan yang tidak membawa ke syurga. Syurga ada pada ibu, tetapi kita tidak
Jika perkahwinan itu dibina atas agama, maka agama tidak akan terlepas dari diri kita sehingga ke syurga kelak. Setiap hari seseorang itu perlukan agama. Agamalah yang membimbing manusia. Apakah kita mahu membimbing anak-anak dengan nafsu atau agama? Perkahwinan yang dibina di atas kecil hati keluarga, kejayaan rumah tangga yang dibina sangatlah tipis berjaya. Tidak ada bukti bahawa perkahwinan yang dibina di atas tergurisnya hati keluarga membina keturunan yang memberi manfaat pada masyarakat. Jika kita berkahwin di kala ini tanpa pengetahuan ibu dan ayah, maka bolehkah kita boleh menjamin anak-anak yang akan dilahirkan dari sulbi isteri kita tidak akan mengulangi apa yang kita lakukan pada ibu bapa kita? Mungkin ianya boleh jadi, lebih teruk dari apa yang kita lakukan pada kedua ibubapa kita?
Perkahwinan yang telah berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa, eloklah dibawa berbincang kembali dengan kedua ibu bapa. Cubalah sedaya mungkin untuk mengambil hati mereka yang terguris. Mohonlah kemaafan dari mereka. Ceritakan kesilapan yang dilakukan bahawa memang betul-betul kesilapan kita. Pokok utama disini, adalah perbincangan dua mata antara kita dan kedua-dua belah keluarga. Mungkin kesilapan yang yang dirasakan kecil itu,boleh menyebabkan dua keluarga berperang. Berbincanglah dengan nada merendah diri, akui kesilapan yang dilakukan. Moga dengan kesilapan yang dilakukan itu, mematangkan lagi kita. Manusia bukan makhluk sempurna, tetapi ketika melakukan kesilapan itulah yang perlu difikir semula dimana silapnya selama ini.
Yang penting disini, sikap berlapang dada kita dalam menilai sesuatu masalah. Walau sebesar manapun masalah itu, ingatlah , bahawa masalah itu, pemiliknya Allah. Dia memberikan kita masalah agar kita untuk menilai kita sejauh mana keimanan kita, sejauh mana kebergantungan kita kepadanya. Semua benda yang berlaku di atas muka bumi ini, ada sebab musababnya. Jika kita yakin dengan keputusan Allah, kita yakin dengan janji Allah, maka di situ kita akan dapat lihat jalan keluar pada setiap masalah yang timbul. Apa yang penting, cekalkan hati, tingkatkan amal agar keteguhan hati bertambah dan lapangkan dada dalam menilai sesuatu, insyaallah, pasti kita akan nampak jalan keluar di dalam kekusutan yang dihadapi.
MUHSHI2:psebelum wat pape pikir dengan mendalam..

