i HEART u

Sunday, August 8, 2010

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN AL MUBARAK

Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :

1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.

2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi

3. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).

Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."

Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi

4. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "

Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.

5.Puasa menurut yang disuruh dan menjauhkan segala pantang larangnya, diampunkan dosanya dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah yang indah di dalam syurga .

6.Barangsiapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadhan, ditulis pada tiap langkahnya ibadatnya setahun dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota yang bercahaya indah cemerlangnya dan yang berbakti kepada ibu bapanya, Allah memandang rahmat kepadanya dan isterinya yang berbuat sesuatu mencari keredhaan suaminya maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya seperti Siti Mariyam dan siapa menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya dan siapa bersedekah kepada fakir miskin ( yang berada anak isterinya ) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya . ( Al-Hadith )

7.Orang yang sembahyang pada bulan Ramadhan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya seribu tujuh ratus kebajikan dan dibinakan rumah di dalam syurga daripada permata . Bagi orang yang berpuasa dan beribadat , tujuh puluh ribu Malaikat meminta ampun baginya daripada pagi hingga tenggelam matahari dan dibina sebuah mahligai baginya .

8.Ramadhan ertinya bulan mendapat keredhaan Allah dan keampunan Allah bererti memberi jaminan ( kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat ) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar-benar melakukan ibadat keranaNya pada bulan Ramadhan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatulqadar .

9.Puasa itu perisai dan sedekah itu memadamkan kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api .

10.Sabda Nabi saw :

“ Diberikan kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat- umat dahulu sebelumnya .”

Bau mulutnya orang puasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah .

Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya .

Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatulqadar .

Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan digandakan kepada sepuluh hingga tujuh ratus ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berpuasa menahan syahwatnya, makan minumnya kerana Aku .

Dan mereka dikurniakan nikmat, kepada mereka keseronokan ketika berbuka dan ketika menemui Tuhan di akhirat


( Al-Hadith )


muhshi2:selamat menyambut ramadhan al mubarak...

muhshi2:semoga kita semua memperoleh keberkatan dan kemuliaan di bulan yang mulia ini.

muhshi2:semoga kita semua jugak dapat ubah diri kita ke arah kebaikan.

Friday, August 6, 2010

sehari bersama jumaat...

Assalamualaikum...
hari ni pukul 8 ada bengkel solat...
bertempat di Surau Malinja...
tapi x start tepat pada waktu nya...
dalam pukul 9 baru start...
its okay la...
sebab Ustaz Aminuddin tu dtg dr Alor Star...
lulusan universiti Al Azhar n skang jd pengajar kat Insaniah...
ustaz ni jugak merupakan penceramah terkenal di kedah...

sementara menuggu ketibaan ustaz tu ad sorang wakil mpp dr uitm Sabah bg ucapan...
ok la..agak lawak la jgak Mahathir tu..
hahahhahaa...

first2 agak boring la mase permulaan...
sempat la jugak menguap 10 kali..hahahahhaa...
plus,ustaz tu nampak cam serius semacam je...
dengan tanda hitam kat dahi dia...
wah...teruja aku..

tp lepas tu da jadi best...
bila dia start wat practical nk tunjuk kat ktorg, da start best...
makin lama makin lawak..
tq ustaz...bnyk yg saya dapat pagi ni...

actually aku nak cte kt korang yg sebenarnya banyak yg aku and mungkin kalian jugak xtahu pasal kesempurnaan solat yg sebenar-benarnya...
tp aku akan cerita kemudian sebab nak terangkannya perlukan penulisan yang teliti...
insyaAllah klau ade kesempatan aku akn menulis...

lepas je kitorang g bengkel solat,
kitorang terus keluar...
first time kuar pakai baju kurung..
hahhahaahaaa...

ktorg g tgk movie
The Last Airbender...
4 star...best..lawak ade...action ade...
tp ade jgak terkesan teknik cgi dorg...
ade yg nmpak cm xreal...

tp tengah2 syok tengok klimaks cerita tu,
tetiba ade sorang pakcik ni dtg duduk sebelah kawan aku...
seat sblah dye kosong...
pak cik tu gila seks...
dye pandang je kitorang...
da la dengan seluar pendek and bawak beg plastik...
kitorang pun ape lagi da start takut n saling pegang tangan la...
da la pakcik tu duduk x senonoh n dye ade wat something yg x senonoh gak(jijik:x;ey nk cakap)...
x malu betol..tua2 wat jugak perangai cam tu...
seb bek la x kena raba ke ape ke...
selamat...ade Allah yg melindungi...

then dengan berbaju kurung gak kitorang g karaoke...
semua orang pandang kitorang sebab pakai baju kurung...
salah ke pakai baju kurung masuk karaoke..?
bagi aku agak x elok skit la tapi aku g situ bukan nak wat bende x elok...
just nak lepas gian nyanyi je..
lagipun kitorang tetap menjaga adab dan tatasusila...
lagipun tempat tu x gelap n open...
aku rase x salah..
tu dari pandangan aku la...
bagi orang laen aku xtaw..
yg aku taw as soon as aku jage manner itu dikira ok bagi aku...
tapi kalau smpai masuk kelab tu xde la kan...

kebetulan kt vm ade pc fair...
so aku yang memang kempunan nk beli external ni akhirnye dpat jugak beli...
RM 170... 320 gb...
actually nk beli yg below 300 gb coz ada kawan ayah aku cakap external xelok beli yg exceed 300gb..
tp disebabkan semua booth jual paling rendah 320 gb je aku pun beli la jugak...
hahahahhahahaa...

muhshi2:xrugi pegi bengkel solat...
muhshi2:congrate to ika sam coz dpat anak sedara perempuan hari ni...
muhshi2:penat sangat2..
muhshi2:hari ni sangat best...

Tuesday, August 3, 2010

demi cintaku padamu...

minggu ni sangat padat ye...
3 malam berturut2 start malam ni ade kelas ganti...
kelas2 ni boley wujud sebab:
1)lecturer xde...
2)ganti untuk hari khamis awal pose sbb nk balik sambut pose kt umah...
3)ganti untuk cuti hari raya...

kelas ganti bwat waktu malam sebab wktu siang memang kelas penuh...
since uitm kedah terima rmai gila student,xde kelas yg kosong...
so kalau nk ganti memang kena waktu malam...
tambah2 bulan puase nanti..
xboley nk berjemaah kt pusat islam untuk semayang tarawikh...
tp insyaAllah akn diusahakan buat jugak dalm bilik...

today class sangat la sengal...
8-10 and 4-6...
memang sengal tahap dewa lah...
boring gle kowt nk tunggu between gap tu...
tp td ttbe ade replacement class for global issue pkul 12-1...
seb bek x balaik lagi klau x,xtaw la...

xsuke la kelas cm ni..
buang mase...hahhahhaa...
kang x pasal2 aku wat taik mata je spnjang gap tu..
hahahhaha...n xpasal2 jgak boley terskip kelas 4-6 tu...
hehehehhe...

muhshi2:semoga saya tabah menghadapi dugaan semata mata nak balik awal smbut ramadhan ni...
muhshi2:tjuk entry hnya berkait dgn tulisan warna kuning je... yg laen xde kena mengena...

Monday, August 2, 2010

learning korea...

saranghaeyo - i love you

johahae- i like you

kansahamnida - thank you

chelmoteso/biyaneyo - i'm sorry

sunbae - senior

hyung - big brother

dongseng - small brother

annyeong - hye

kenchana - are you ok?

erona - wake up

chalga - i'll go first

kaaa - out

noona - sister

unnie - big sister

bonamanna - obviously

miina - girl

yippo - beautiful

chingu - friend

oppa - brother for lover

appuh - sick

na bitho - do you believe me?

ottokae - what should i do?

muhshi2: ;)

Sunday, August 1, 2010

don't judge a fruit by its cover...

rse nk update sal bnde ni da lme...
tp ble bce blog soffea (http://ordinarysoffea.blogspot.com/) trus jd panas...
so i decide nk update...
but, first nk mntak maaf klau my view ni singgung perasaan mana2 hamba Allah...

Actually pemakain tudung merupakan 1 perkara yg wajib setiap muslimah amalkan...
sebab ianya merupakan aurat bagi kaum wanita...

ape yang aku geram dorang cm pertikaikan pemakaian tudung ni...
alaah!perempuan pakai tudung pun perangai bruk x guna jugak...
what the fish la kan..?

pada pndangan aku, berdasarkan zaman sekarang ni,
cara pemakaian n attitude kita x boley dikaitkan sama sekali...
sebab skarang ni pemakaian xboley gmbrkan attitude sorang 2..
contoh:bertudung kan wajib... so klau org tu x pakai tudung x baek la...?cm tu?
myb dorg ni xdapat hidayah lagi...
x boley jugak nk salahkan mereka2 ini hundred percent..?

kite x boley judge mcam ni la..
skrang ni org pkai tdung ke x pakai ke ade je bwat kes...
orang bertudung skang bnyk je tertengkap sbb kes khalwat n mcm2 ag...
aku bkn nk memperlekehkan pemakaian tudung tp pertikaikan cara org sekeliling assume satu2 hal tu...

kite x boley ckap org x pakai tudung tu jahat...
orang pakai tudung baek...
berdasarkan pengalaman aku berkawan, berbeza sgt dgn situasi d ats..
actually,spe2 pun boley jd jahat n baek..
tu terletak pade orang nye bukan pada pemakaian nye or so what ever...
x semestinye x pakai tdung tue berperangai buruk...
ade je yang bertudung tapi perangai cm ape lagi...
ade yg pakai tudung tp x cukup smyang tp yg xpakai ckup plak smyg...
so, cm ne tu..?

sbgai cnth: korang tgk x cte Janji Kekasih kt tv3...
lakonan almy nadia as rukayah...
dlm cte tu dye bertudung,labuh lagi tp memfitnah je kerjanye...
kat sini kte bolay conclude la...
don't judge a book by its cover...

mmg slalu org anggap org pakai tudung ni baek... ikut syariat agama tp klau kte tgk zaman skarang, masing2 boley pikir sendiri kot..?

aku cakap cm ni based on pengalaman sendiri la...
xde nk tujukan kt sspe pun,
so,klau ade yg terase tu mintak maaf la...
x berniat ape2 pun...just nk luahkan ketidakpuasan hati...

muhshi2:esok test global...selamber je xbace ag...
muhshi2:pray 4 me...
muhshi2:xsabar tggu ramadhan...