Sewaktu Boy dan Girl di awal alam percintaan, Boy melipat 1000
burung kertas buat Girl dan menggantungkannya di dalam bilik Girl.
Boy mengatakan, 1000 burung kertas itu menandakan 1000 ketulusan
hatinya.
Girl dan Boy berasakan setiap detik percintaan mereka begitu indah
sekali.
Tetapi entah kenapa, di suatu hari, Girl mulai menjauhi Boy. Girl
memutuskan untuk berkahwin dengan seorang lelaki kaya dan berhijrah
ke Perancis serta menetap di kota Paris tempat impiannnya selama ini.
Sewaktu Girl mahu memutuskan hubungannya dengan Boy, Girl
memberitahu Boy, “Kita harus melihat dunia ini dari sudut yang
matang. Perkahwinan bagi wanita adalah kehidupan kedua kalinya! Aku
harus memegang kesempatan ini dengan baik. Kamu terlalu miskin, aku
tidak sanggup membayangkan bagaimana kehidupan kita setelah
berkahwin !”
Setelah Girl pergi ke Perancis, Boy bekerja keras bagi membuktikan
dia juga boleh berjaya. Boy melakukan banyak kerja. Dia pernah
menjual buku, menjadi karyawan sementara dan berniaga kecil-kecilan.
Setiap pekerjaannya dilakukan dengan tekun dan hati yang cekal.
Selang beberapa tahun…
Berkat usahanya tanpa henti dan dorongan teman-teman, akhirnya Boy
berjaya memiliki sebuah syarikat berjaya. Dia sudah menjadi seorang
lelaki yang kaya, tetapi hatinya masih teringat-ingat pada Girl.
Boy masih tidak dapat melupakan gadis yang pernah bertapak di
hatinya.
Di suatu hari, waktu hujan turun, Boy dari keretanyanya melihat
sepasang suami isteri tua berjalan perlahan di hadapannya. Dia amat
mengenali mereka. Mereka adalah orang tua Girl !
Hati Boy berdetik. Dia ingin mereka lihat bahawa dia sekarang tidak
hanya mempunyai kereta sendiri, tetapi juga mempunyai sebuah villa
indah dan syarikat sendiri. Boy ingin mereka tahu bahawa dia bukan
seorang yang miskin lagi tetapi kini adalah seorang majikan kaya.
Boy memandu keretanya perlahan sambil mengikuti kedua orang tua
tersebut.
Hujan terus turun, tanpa henti, biarpun kedua org tua itu memakai
payung, tetapi badan mereka tetap basah kerana hujan.
Sewaktu mereka sampai ke destinasi, Boy tercengang melihat apa yang
ada di depan matanya. Ia adalah sebuah tanah perkuburan. Boy
mengikuti orang tua Girl. Mereka berdiri di hadapan sebuah kubur.
Boy melihat tulisan di atas batu nisan terpahat nama Girl yang
dirinduinya.
Di samping kuburnya yang kecil, tergantung burung-burung kertas yang
pernah dibuatkan Boy, dalam hujan burung-burung kertas itu kelihatan
begitu hidup.
Orang tua Girl memandang Boy lalu memberitahu, “Girl tidak pergi ke
Paris, Girl diserang barah. Girl telah pergi ke syurga. Girl ingin
Boy menjadi seorang yang berjaya dan mempunyai keluarga yang
harmoni. Maka Girl terpaksa berbohong kepada Boy dahulu. Girl ada
menyatakan yang dia sangat menyintai Boy, dia percaya kalau Boy
berusaha, pasti akan berjaya. Girl turut mengatakan, jika suatu hari
nanti Boy datang ke kuburnya, dia amat berharap supaya Boy
membawakan beberapa burung kertas buatnya lagi. “
Boy lalu berlutut, berlutut di depan kubur Girl, menangis semahu-
mahunya dengan begitu sedih sekali.
Hujan pada hari itu terasa tidak akan berhenti, membasahi sekujur
tubuh Boy. Boy teringat senyuman Girl yang begitu manis dan tulus.
Mengingati semua itu, hatinya mula menitiskan darah.
Sewaktu orang tua Girl melangkah pulang dari tanah perkuburan,
mereka melihat Boy sudah membukakan pintu keretanya untuk mereka.
Lagu sedih kedengaran dari dalam kereta tersebut.
“Hatiku tidak pernah menyesal,
Semuanya hanya untukmu 1000 burung kertas,
1000 ketulusan hatiku,
Berterbangan di dalam angin
Menginginkan bintang yang lebat bertebaran di langit,
Melewati sungai,
Apakah aku dapat bertemu denganmu kembali?
Aku tidak takut berapa pun jauhnya,
Hanya aku ingin sekarang terus berlari kepadamu
Masa lalu seperti asap, hilang dan tak kan kembali,
Menambah kerinduan di hatiku.
Bagaimanapun dicari,
Jodoh kehidupan ini pasti tidak akan berubah”.
saye suke sangat kisah cinte ni... ;-)))
5 comments:
weh sedih weh sedih.
laa..sedey pnoh...
sumpa shdey! shdeynye! shdey2!
mmg sedeyh... menitik air mate aku bace... hoho...
seronok weyhh cite ni
Post a Comment