Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :
1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."
Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.
2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."
Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi
3. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).
Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."
Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi
4. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.
Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "
Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.
5.Puasa menurut yang disuruh dan menjauhkan segala pantang larangnya, diampunkan dosanya dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah yang indah di dalam syurga .
6.Barangsiapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadhan, ditulis pada tiap langkahnya ibadatnya setahun dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota yang bercahaya indah cemerlangnya dan yang berbakti kepada ibu bapanya, Allah memandang rahmat kepadanya dan isterinya yang berbuat sesuatu mencari keredhaan suaminya maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya seperti Siti Mariyam dan siapa menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya dan siapa bersedekah kepada fakir miskin ( yang berada anak isterinya ) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya . ( Al-Hadith )
7.Orang yang sembahyang pada bulan Ramadhan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya seribu tujuh ratus kebajikan dan dibinakan rumah di dalam syurga daripada permata . Bagi orang yang berpuasa dan beribadat , tujuh puluh ribu Malaikat meminta ampun baginya daripada pagi hingga tenggelam matahari dan dibina sebuah mahligai baginya .
8.Ramadhan ertinya bulan mendapat keredhaan Allah dan keampunan Allah bererti memberi jaminan ( kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat ) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar-benar melakukan ibadat keranaNya pada bulan Ramadhan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatulqadar .
9.Puasa itu perisai dan sedekah itu memadamkan kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api .
10.Sabda Nabi saw :
“ Diberikan kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat- umat dahulu sebelumnya .”
Bau mulutnya orang puasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah .
Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya .
Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatulqadar .
Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan digandakan kepada sepuluh hingga tujuh ratus ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berpuasa menahan syahwatnya, makan minumnya kerana Aku .
Dan mereka dikurniakan nikmat, kepada mereka keseronokan ketika berbuka dan ketika menemui Tuhan di akhirat
( Al-Hadith )
muhshi2:selamat menyambut ramadhan al mubarak...
muhshi2:semoga kita semua memperoleh keberkatan dan kemuliaan di bulan yang mulia ini.
muhshi2:semoga kita semua jugak dapat ubah diri kita ke arah kebaikan.
8 comments:
nice entry! :)
like like! :)
semangat ishmah nk pose :D
semangat ishmah nk pose :D
yeah,can't wait for ramadhan to come.harap dpt pose full hehehe
bayak manfaat kn..mase kecik dlu hentam je puase sebb ikut am puase..bile dah makin tue ni baru nmpk tanggung jawab mase puase ni..selamat berpuase ok!!
HaHA,.. Semangat2... nti jgn ponteng pose ek..
selamat berpose (^_^)
Post a Comment