i HEART u

Wednesday, February 27, 2013

LUAH

Hari ini entah kenapa tergerak hati nak menulis semula di blog yang dah lama sangat ditinggalkan.
mungkin kerana hati aku ni dah tak cukup kuat nak memendam rasa
ya.aku jenis yang memendam rasa.
tidak mudah untuk aku meluahkan perasaan kepada sesiapun
tidak terkecuali ibu dan ayah,kakak,abang mahupun adik.
mungkin orang akan melihat aku sebagai seorang yang sunyi.
tidak sama sekali kerana ini cara aku,sifat aku dan peribadi aku
aku akan sedaya upaya tidak meluahkan apa yang aku rasa
tapi mulut aku ni berbisa tahu.
mungkin sudah ramai yang terasa hati.
maaf sama sekali.
aku tidak berniat begitu. mungkin cuma aku hendak menyatakan apa yang benar dari terus menipu
bukan sahaja menipu orang malah lagi teruk menipu diri sendiri.
like people say. "kebenaran kadangkala menyakitkan"
mungkin itu kenyataan yang tepat untuk apa yang aku katakan yang telah menyakitkan hati orang.
apapun maaf dipinta.
aku sememangnya kasar mungkin.
even ada orang yang  meramal2(x patut percaya) pun kata aku ni mulut kasar atau dalam bahasa negeri aku "mulut caboi"
aku kena berhati hati dalam percakapan.
THINK BEFORE YOU SPEAK
please keep that in mind Nurrul Ishmah Md Zain :)
take note.
dan kalau kau sudah tidak tahan dengan apa yang kau ingin luahkan dan jika ia bakal menyakitkan jika kau luahkan, adalah elok kalau kau diamkan sahaja.
mungkin itu cara terbaik mungkin. seperti selemah lemah iman.
tapi haruslah berusaha dahulu.

adios :)


No comments: