i HEART u

Saturday, September 25, 2010

kening kena jahit 4 jahitan!!!

dapat berita dari my mom...
my lovely brother,
the only one...
kena jahit 4 jahitan kat kening die...
sebabnye...
terlanggar kawan dye punye gigi...
waktu maen bola sepak kat sekolah...

lawak la budak ni sorang...
kelam kabut...
gelojoh...
orang da cakap nak maen tue elok2...
tapi..?
tengok pe da jadi sekarang...
naseb baek hari tue waktu maen terjun2 bangunan ngan kawan2 kau sbb nak simpan video kenangan la konon nye xjadi ape2...
kalau x free2 je tempang seumur hidup...
geram betol la ngan budak ni...!!!

kita dah ade same experience la dik...
tapi akak terok sikit...
engkau 4 jahitan je...
akak 10 jahitan...
hahahhahahhaa...

muhshi2:nanti kita bagi abang plak yang kena...
hahhahahhaa..baru la namenye adik beradik sejati...
hahahhahhaa

Thursday, September 23, 2010

jumaat...
8:30-10:30...
global and legal issue...

aja2 fighting...
chaiyok2...

Wednesday, September 22, 2010

sibuk...
banyak lagi xbace for exam jumaat ni...
naya la...
mati laa...
wish me supaye dapat habiskan semue...

Tuesday, September 21, 2010

berkampung...!!!

assalamualaikum dan salam 1 malaysia...

minggu ni bermula ahad lepas
bermula lah study week for pre law uitm kedah...
tension sangat...
n macam bese saye n roomate akan berkampung di perpustakaan sultan badlishah...

dari 9 pagi hingga 5 petang...
12:30 ke cafe and solat...

seronok dok library ni...
xboring sangat and kurang gangguan...
kalau dok dalam bilik konpem2 dah terbongkang atas katil...
dats y la merajinkan diri ke library..

tapi satu je kelemahan kami bila di library...
mata melior je...
melilau merate...
orang naek je pndang...
orang naek je usha...
tulah kelemahan kami...

rmai jugak student prelaw kt lib tue especially kt atas...
seronok tengok..
hehehehhehee...
semoga kite same2 berjaye.. ;)

malam ni kat lib pun semue dak law...
rajin2...tp dak laki kebanyakkan nye lib da nak tutup, diorang baru smpai...
huhuuuu...
lepas tue cam nak berkampung kat situe plak...
ehhehhehhee...

muhshi2:rindu kenangan study week part 2...
banyak kenangan yang manis...
ade inspirasi....
belaja pun senang kalau nak dibandingkan dengan part 1&3...

Sunday, September 19, 2010

sad love season!!!

assalamualaikum...

dalam bulan islam yang mulia dan gembira ni banyak pulak kisah sedih yang aku dengar...
especially tentang berita kematian...
sedihnye...
sepatutnye bulan untuk bergembira ni di rai tp ditangisi pulak...

kepada family,sanak sedare yg menghadapi situasi sedih ni harap sabar tabah dan redha...

banyak sangat berita kematian akhir2 ni...
kematian datuk sosilawati lawiya yang mati dibunuh, dibakar and dibuang abunye...
sangat kejam ye kau datuk peguam...
kalu xkena gantung sampai mati xtaw la...
semoga roh pengasas nv tu dirahmati Allah SWT...

second kematian n yang paling terbaru pelakon vateran kite la...
m.rajoli...
sedeyh ye dengan berita kematian beliau...
menderita penyakit yang dah agak lame...
moga beliau tenang disana...

next2 nye secara general...
pg td dengar berita kematian adik kepada kawan,kawan aku...(betol ke?)
kesian...cara pergi nye amat menyedihkan...
even xkenal...

then kawan ayah kawan aku...
kesian..tragis jugak kematiannye...

lepas tu sal demam di musim raya..
aku pegi beraya umah orang,
ade je yang demam...
dr kodiang ke sungai petani...
hampir setiap umah ade je yang xsihat..

salah sorang nye sepupu aku...
aku g umah die xbangun dari katil...

balik dari sp raye keempat..
aku pun turut demam...
berjangkit ngan sape pun xtaw...
terok la jugak...
orang datang pun xkuar bilik...
sepesen cm sepupu aku...

sampai sekarang batuk xhabis2 lagi...
cepat la ye..
terseksa sye sbb awk, batuk...

muhshi2:raye kali ni duet raye paling sikit...
muhshi2:semoga yang meninggal di bulan mulia ni tenang di sana.. al fatihah...
muhshi2:bermulanye pengembaraan aku n teman2 prelaw uitm kedah.... gud luck semue...


Friday, September 17, 2010

jangan maen2!!!

m.rajoli...
pelakon vateran malaysia...

ade cakap da meninggal...
ade jugak cakap dalam keadaan kritikal...

mane 1 betol...
jangan maen2 dengan nyawa orang...
takut pulak keluarga beliau kecil hati...
pape pun kite doakan yang terbaek untuk beliau...
nak lagi confirm tunggu besok kat paper...

muhshi2:one of my fav actor...

Antara Kemahuan dan Redha

"Pokwe, nak tanye sket...Apa pendapat ko kalau aku kahwin senyap-senyap??"

‘Hmm...sebelum tu, aku nak tanye ko dulu soalan ni. Apa pendapat ko misalkata ko ni seorang ayah, dan tau-tau je, anak ko dah kahwin tanpa pengetahuan ko??..Apa ko buat??'

Sunyi sepi....

"Ala, aku bukan apa, dah setahun dah aku pujuk mak ayah aku nak kahwin, diorang tak bagi, terutama mak aku."

'Hmm...ade ko tanya kenapa mak ko tak bagi?'

"Itulah, aku dah tanya, alasan dia, suruh habis belajar dulu. Lepas tu, baru boleh nak fikir pasal kahwin-kahwin ni.."

‘Aku tak rasa satu tu je sebab yang mak kau tak nak bagi..Ko kena fikir dalam-dalam pandangan seorang ibu ni macamana..'

"Aku tak fahamlah mak ayah zaman sekarang ni, diorang tak faham keadaan kita. Aku takut tak dapat kawal diri je ni, tu yang aku fikir nak teruskan niat aku"..

Serba sedikit dialog yang pernah terjadi suatu ketika dahulu. Konflik tentang perkahwinan, sentiasa membelenggu para pemuda zaman ini. Antara kemahuan diri dan restu keluarga, sentiasa membelenggu pemikiran anak-anak muda, lebih-lebih lagi yang sedang hanyut dibuai cinta.


Mengapa Dihalang?

Inilah antara persoalan utama yang menjadi titik punca. Pandangan seorang ayah, selalunya dalam hal perkahwinan anak-anak mereka sangat ringkas dan tidak banyak kerenah. Kalau ada pun, hanya berkaitan dengan soal calonnya, berkenan atau tidak , dan selalunya apa yang menjadi pilihan si anak, ayah akan bersetuju. Apa yang dirasakan oleh si ayah, adalah mungkin sudah sampai masanya si anak belajar untuk membina keluarga sendiri.

Berbanding si ibu. Ibu , mendengar namanya sudah sayu. Dialah yang membesarkan, dialah yang mengandungkan kita, dialah yang menyusukan kita, dan ada kala, ketika si ibu sedang makan, terdengar sahaja rengekan anak kecil, anak disegerakan jamahan makanan itu, tetapi selalunya akan ditinggalkan terus juadahnya hanya untuk anak tercinta. Seorang ibu, membesarkan anak-anaknya sepenuh kasih sayang yang ada padanya. Sedihnya anak, pilu baginya, gembira si anak, senyuman dibibirnya, bak kata, setiap perilaku si anak, semuanya berbekas di hati seorang ibu.

"Mak kau tak bagi mungkin sebab sayang sangat kat kau kot, tu yang tak nak lepas tu"

Mungkin ada benar dan mungkin perlu diselidik apa yang menyebabkan terhalangnya kita meneruskan hasrat untuk berumah tangga. Seorang ibu, jarang menolak permintaan anaknya. Buruk-buruk anaknya, itulah buah hatinya. Sebut sahaja permintaan dari si anak, nak masak lemak la, nak nasi beriyani la, nak jajan ( makanan ringan ), apa sahaja kalau dihitung pasti kita akan mengakui seorang ibu jarang menolak permintaan anaknya. Tetapi, mengapakah pada permintaan yang satu ini sangat susah baginya untuk dia menyatakan persetujuannya?

Seorang ibu, apabila dia menyatakan ketidak setujuannya, pasti ada sesuatu yang tersimpul di sebalik itu. Seorang ibu, apabila menolak permintaan anaknya untuk mendirikan rumah tangga, dia tahu anaknya belum tiba masa lagi untuk diteruskan hajatnya. Ketika ini, apa yang bermain di fikirannya, apakah anakku ini boleh menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab? Mungkin soalan ini timbul kerana, dia akan membandingkan sikap suaminya (ayah kita) dengan sikap kita. Jika dia tidak bersetuju, pasti ada yang kurang pada diri kita yang menyebabkan kurangnya keyakinan dia untuk bersetuju dengan hasrat kita.

Bagaimana sikap Kita ?

Selepas subuh, tarik selimut kembali. Selepas makan , letak pinggan di dalam sinki sahaja, mengharapkan ada orang tolong basuhkan. Baju-baju kotor dibiarkan sahaja bersepah tanpa ada inisiatif untuk basuh. Jika inilah sikap kita di rumah, bagaimanakah seorang ibu mahu membenarkan anaknya untuk mendirikan rumah tangga jika dirinya tidak ada sifat bertanggungjawab sekurang-kurangnya pada diri sendiri, inikan pula bila sudah berumah tangga...

Sikap yang ada ini perlulah diubah dalam memberikan keyakinan si ibu bahawa anaknya sudah kenal erti tanggungjawab. Balik rumah , dalam seminggu dua, pujuklah hati si ibu dengan kerja-kerja rumah yang dilakukan. Unjurkan apa sahaja kerja-kerja rumah dari ibu, bahawa biar sahaja kita yang buat. Belikan sedikit cendera hati pada ibu, untuk menarik hatinya. Bila balik rumah, salam tangan ibu, cium tangan ibu. Kalau boleh buat lebih lagi, kucup pipi ibu, bisikkan pada telinganya ‘bang cik sayang mama'. Usahakan cara-cara yang boleh menarik hati ibu ataupun ayah. Keras mana hati ibu untuk melepaskan kita, pasti akan lembut jua akhirnya jika kita memujuk dengan kerja-kerja, kata-kata kita, dan yang terpenting bahawa kita takkan melupakan mereka walaupun sudah berkahwin nanti.

Mengapa Mahu Tergesa-gesa?

Leceh. Mungkin itulah antara yang terbit dari mulut kita bila diberikan penyelesaian untuk masalah yang timbul. Tetapi, perlu ditanya semula, mengapa mahu tergesa-gesa? Mungkin dengan kelecehan itulah, tersingkap suatu keberkatan. Perkahwinan bukan hanya kita berkahwin dengan pasangan kita, tetapi kita juga 'berkahwin' dengan keluarganya. Selain itu juga, kita membesarkan keluarga kita. Kalau sebelum ini, kita hanya ada 3 orang adik, selepas berkahwin, ada 10 orang adik, sebelum kahwin , hanya ada seorang ibu dan seorang ayah, tetapi selepas berkahwin, kita ada dua orang ayah dan dua orang ibu. Dengan kata lain, keluarga kita membesar. Dengan membesarnya keluarga ini, benda paling utama kena jaga adalah hati.

Jika dengan kahwin senyap-senyap itu boleh menyelesaikan ‘perasaan' itu, boleh mengelakkan zina, maka itu hanya satu segi. Tetapi mengapakah dalam bab ini, kita membelakangkan keluarga yang selama ini membesarkan kita? Kita sanggup bersama pasangan kita yang hanya dikenali tidak terlalu lama, dan membelakangkan kasih sayang yang selama ini dicurahkan kepada kita sejak kecil?

Kita mudah mendapat syurga, tetapi kita ikut jalan yang tidak membawa ke syurga. Syurga ada pada ibu, tetapi kita tidak cuba mendapat syurga itu. Redha Allah pada redha kedua ibu bapa, maka apakah dengan membelakangkan keluarga dalam hal membina keluarga ini kita akan mendapat redha Allah pada keluarga yang kita mahu bina itu? Perkahwinan bukanlah sehari dua, tetapi kalau boleh sehingga hujung nyawa dan sehingga ke syurga. Jika berkahwinnya dengan tergesa-gesa itu atas alasan kerana tidak mahu terjebak dengan zina atau dengan kata lain, kerana nafsu, maka renunglah kembali. Selama manakah nafsu itu akan bertahan. Apakah sampai mati? Apakah kesabaran dalam berpuasa itu tidak boleh mengatasi nafsu yang mengawal diri, aduh, sungguh lemah dirimu.

Jika perkahwinan itu dibina atas agama, maka agama tidak akan terlepas dari diri kita sehingga ke syurga kelak. Setiap hari seseorang itu perlukan agama. Agamalah yang membimbing manusia. Apakah kita mahu membimbing anak-anak dengan nafsu atau agama? Perkahwinan yang dibina di atas kecil hati keluarga, kejayaan rumah tangga yang dibina sangatlah tipis berjaya. Tidak ada bukti bahawa perkahwinan yang dibina di atas tergurisnya hati keluarga membina keturunan yang memberi manfaat pada masyarakat. Jika kita berkahwin di kala ini tanpa pengetahuan ibu dan ayah, maka bolehkah kita boleh menjamin anak-anak yang akan dilahirkan dari sulbi isteri kita tidak akan mengulangi apa yang kita lakukan pada ibu bapa kita? Mungkin ianya boleh jadi, lebih teruk dari apa yang kita lakukan pada kedua ibubapa kita?

Bagaimana Jika Sudah Terjadi

Perkahwinan yang telah berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa, eloklah dibawa berbincang kembali dengan kedua ibu bapa. Cubalah sedaya mungkin untuk mengambil hati mereka yang terguris. Mohonlah kemaafan dari mereka. Ceritakan kesilapan yang dilakukan bahawa memang betul-betul kesilapan kita. Pokok utama disini, adalah perbincangan dua mata antara kita dan kedua-dua belah keluarga. Mungkin kesilapan yang yang dirasakan kecil itu,boleh menyebabkan dua keluarga berperang. Berbincanglah dengan nada merendah diri, akui kesilapan yang dilakukan. Moga dengan kesilapan yang dilakukan itu, mematangkan lagi kita. Manusia bukan makhluk sempurna, tetapi ketika melakukan kesilapan itulah yang perlu difikir semula dimana silapnya selama ini.

Yang penting disini, sikap berlapang dada kita dalam menilai sesuatu masalah. Walau sebesar manapun masalah itu, ingatlah , bahawa masalah itu, pemiliknya Allah. Dia memberikan kita masalah agar kita untuk menilai kita sejauh mana keimanan kita, sejauh mana kebergantungan kita kepadanya. Semua benda yang berlaku di atas muka bumi ini, ada sebab musababnya. Jika kita yakin dengan keputusan Allah, kita yakin dengan janji Allah, maka di situ kita akan dapat lihat jalan keluar pada setiap masalah yang timbul. Apa yang penting, cekalkan hati, tingkatkan amal agar keteguhan hati bertambah dan lapangkan dada dalam menilai sesuatu, insyaallah, pasti kita akan nampak jalan keluar di dalam kekusutan yang dihadapi.

MUHSHI2:psebelum wat pape pikir dengan mendalam..

Tuesday, September 14, 2010

AKU BUKAN PELACUR!!!

Aku bukan Pelacur!!

DUNIA KECANTIKAN DAN FESYEN MEMANG DIGEMARI WANITA. HAMPIR SEMUA WANITA TANPA MENGIRA KETURUNAN DAN UMUR, INGIN KELIHATAN CANTIK DAN BERGAYA. AKU JUGA TIDAK TERKECUALI. SEJAK REMAJA LAGI, AKU MEMANG GEMAR BERFESYEN DAN BEGITU MENGAMBIL BERAT ASPEK KECANTIKAN. MINAT INI SEBATI DENGAN DIRI SEHINGGA AKU BEKERJA DAN MENDIRIKAN RUMAHTANGGA.

NAMUN aku tidak sedar, penampilan diri dan cara pakaian perlu mengikut lunas yang ditetapkan Islam. Aku memang bertuah kerana dikurniakan kulit cerah dan potongan badan menarik. Aku sering menerima pujian dari teman-teman. Malangnya tanpa aku sedari, pujian yang aku terima akhirnya memakan diri. Di Universiti, cara berpakaianku terbatas. Maklumlah belum bekerja dan masih menuntut. Sebaik tamat pengajian, aku mula bekerja. Duit gaji, aku gunakan sepenuhnya untuk memenuhi hobiku - bergaya. Duit gaji aku habiskan untuk membeli pakaian dan alat solek. Dan mungkin Tuhan mahu mengujiku lagi. Aku bertemu jodoh dengan lelaki yang berkedudukan dan pendapatan tinggi. Ia membuka jalan yang luas untuk aku terus bergaya.

Aku gemar berkebaya ke tempat kerja. Bagi menampakkan susuk tubuh yang menawan, kebaya berkain belah yang aku pakai semua ketat belaka. Rakan sekerja memuji tubuh langsingkan walaupun sudah beranak tiga dan usia menjangkau 40-an. Mereka sering bertanya rahsia awet mudaku. Aku megah berkongsi rahsia kecantikanku dan terus lupa diri.

Tudung yang aku pakai tidak pernah menutup dada. Sengaja aku singkatkan untuk mempamerkan koleksi rantai yang selalu sedondon dengan warna baju. Setiap hari, aku pastikan rantai, cincin, gelang dan kerongsang adalah daripada warna senada dengan baju. Beg tangan dan kasut juga sentiasa matching.

Aku juga gemar mengumpul minyak wangi. Koleksi minyak wangi mudah aku peroleh kerana aku punya ramai teman pramugari. Kemana sahaja aku pergi, diiringi wangi-wangian semerbak. Aku bangga dengan penampilanku yang bergaya, lebih-lebih lagi selepas beroleh gelaran Datin di tempat kerja.

Suami pula tidak pernah menegur kerana aku pasti punya jawapan pada setiap tegurannya. Lagipun suami banyak bertuga luar daerah. Ini memudahkan aku bergaya tanpa batas sehinggalah suatu hari aku tersedar diri.

Hari itu aku mengemakan stor dan terjumpa kotak milik suami. Di dalamnya ada sebuah buku kecil warna hijau yang agak usang. Aku membelek-belek isi buku dan terbaca sebuah hadis Rasulullah,

“Jika seorang perempuan telah melakukan tiga perkara secara terang-terangan, maka disebut pelacur; iaitu keluar waktu siang dengan menampakkan perhiasan dan menunjukkan kecantikannya, memandang kepada yang lain dan mengeraskan suara supaya dapat didengar lelaki lain.”

Aku beristighfar panjang. Perkara satu dalam hadis itu memang terkena batang hidung sendiri! Memang aku suka bergaya dan menampakkan perhiasan. Tetapi aku bukan pelacur, aku tidak mahu digelar pelacur.

Sejak itu, aku mula berubah sedikit demi sedikit. Tiada lagi kebaya ketat berkain belah, tiada lagi tudung menampakkan dada dan tiada lagi perhiasan berlebih-lebihan. Aku pasrah dengan ketentuan Illahi. Aku bersyukur kerana disedarkan sebelum terlewat. Sesungguhnya, aku bukan PELACUR!!

Sunday, September 12, 2010

1 MINIT JE...

1 minit untuk mengingat Allah

Langkah 1:
· Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
· SUBHANA'LLAH
· ALHAMDULI'LLAH
· LAA I LAAHA ILLA'LLAH
· ALLAHU AKBAR
· ASTAGHFIRU'LLAH
· LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
· ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI· WA SAHBIHI AJMA'EEN
Langkah 2:

· Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan
.

· Kita kata kita ada iman yg yakin tentang hari akhirat , apa yg kita lakukan di dunia akan dihisab di akhirat , jika ditanya jawaban kita yakin benar , tapi jika kita perhati apa yg kita lakukan pada hukum2 Allah hanya dengar dan pandang sahaja kemudian tidak buat apa2 biar masa yang menentukan mungkin itu kata hati kita , Pertanyaan yang perlu dijawab sendiri : Adakah kita benar2 beriman?

Thursday, September 2, 2010

Hostel kata PERGI rumah kata MARI;)

akhirnye....
BALIK KAMPUNG!!!

status hupdate:

lokasi:rumah tersayang
pekerjaan:maen mercun n jaga anak sedare
mood:gembira tahap gaban+dewa...

MUHSHI2:sesape yang da balik, semoga rasa happt macam saye...
MUHSHI2:sesape yang belom balik,sabar yep..?ada la tue hikmah nye...jangan sedih2 yep...
MUHSHI2:SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUE ORANG... AMPUN DAN MAAF DIPINTA MENSUCI HENING DOSA...
MUHSHI2:men mercun boleyh tapi sila ingat dunia...hehehhehhe...

Sunday, August 29, 2010

kenape mandat awak besar sangat dalam hidup saye..?

Assalamualaikum...
salam 1 Malaysia
salam MERDEKA ke 53...

susah betolkan nak lupakan seseorang yang kita suka..?
take time gile2...
mandat besar betol orang tue dalam hidup kita...
kadang2 naek menyampah aku dengan feeling ni...
bukan nye bg advantages but disadvantages...

sampai kadang2 tu jugak aku rase menyampah dengan diri aku sendiri...
menyampah dengan feeling aku sendiri...
menyampah dengan ingatan aku tentang dye...
menyampah sebaba kenape diri aku ni xbuleyh nak terima yang dye bukan untuk aku...
menyampah betol aku dengan diri aku sendiri...

makin nak lupakan makin kuat ingatan tentang dye datang...
makin nak lupakan makin kuat jugak rase rindu aku pada dia...
makin nak lupakan makin kuat kenangan2 manis dengan dye even kenangan itu cuma sempat dilalui n dirasai seketika sahaja...

betol la orang kate...
orang tu umpama virus dalam komputer or laptop...
sekali masuk susah sangat nak padam n sampai kekadang terus je jadi permanent dalam hati kita...

awak,
nape la memori ngan awak kuat sangat dalam ingatan saya padahal kita kenal sekejap je...
ape awak dah nuat kat saye eh sampai saya x boleyh lupe...
care awak yang sekejap je untuk saye tu pun sampai sekarang saye ingat...

awak,
saya taw awak xtaw ape sebenarnya yang ade dalam hati saya...
tapi saya rase awak boleyh agak...

so,
saya harap even kita xjadi seperti yang diharapkan,
hope kita boleyh jadi kawan...

and,
tahniah atas kejayaan awak mendapatkan biasiswa tue..
hope awak x sia-siakan nye...
bukan senang taw nak dapat...
ramai yang nak tp awak the lucky one...

awak,
kadang2 saya rase nak delete awak dr friendlist saye so saye xkan taw ape jadi dalam hidup awak...
xkan taw awak ngah kapel ngan sape...
xkan taw awak wat ape...
xkan taw ape feel awak waktu tue...
tapi tangan ni gagal nak digerakkan ke friend setting and delete awak dr situe...
bile nak buat je tangan saye tetibe kaku, beku...
saye x sanggup...
tapi bile xdelete saye akan taw awak ngah bual ape ngan makwe awak...
sye terkedu bile tengok status awak cakap i love you kat dia...
saya taw saye xde hak nak jeles ke ape ke...
tapi saya mintak maaf sebab saye still cemburu...
saye susah sangat nak elak bende tue...

kepada awak,
moga awak bahagia ngan life awak sekarang...
moga gembira bersame orang sekeliling awak...
moga berjaya dalam hidup...
moga selamat pulang ke kampung halaman nanti...

assalamualaikum...
;)
kalau dalam laptop saye benci virus...
tapi kalau dalam berkasih sayang saye suka virus....

muhshi2: gila betol ini perempuan...

Saturday, August 28, 2010

aku ade panyakit kronik?


salam...
nak tanye...sape ade ubat untuk penyakit kronik yang tengah saye alami ni...
taw x cmne nak cari penawarnye and tolong la gitaw...
camne ye nak elak dari mudah terasa ngan orang2 di sekeliling kita...

aku xtaw sejak bila aku jadi begitu sensitip...
setahu sampai form5 aku jarang nak terasa ngan orang...
aku selalu wat bodoh je ngan perasaan aku ni...
kalau orang wat pape pun,hari kejadian berlaku tu je ingat...
the day after tomorrow tu da x ingat...

tapi semenjak masuk uitm kedah ni...
aku mudah sangat touching ngan orang...
kadang2 benda tu kecik sangat and aku taw bende tu x sepatutnye aku terasa tp aku terase jugak...

help me...
aku xsuke sangat dengan perasaan aku sekarang...
ape nak wat eh?
macam mane nak wat eh..?

aku kalau boleyh nak kikis perasaan ni sehabisnya dari muncul dalam diri aku...
sebab ustaz aku penah cakap...
"ishma,kalau orang wat pape jangan simpan dalam hati especially benda2 yang kecik sebab kalau asyik mudah terasa,kita xkan ade kenangan dengan kengkawan nanti....yang ade cume kenangan pahit...manisnye xde...tp jangan wat sampai mereka naik kepala...tengok keadaan waktu tue cm ne...whether kita boley touching ke x..?"

ade sesape ade penawar bagi sakit ni...
aku takut nak biarkan lame2...
takut memudaratkan perasaan n kesihatan...

muhshi2:makin lame hidup makin rase asam garam dunia... dunia xseindah yang dibayang2 kan..cuma Akhirat jugak la yang berkekalan n sedia menuggu kita..kat sane la seindah2 tempat (syurga)...

Wednesday, August 25, 2010

jiwa kacau...dalam hati ade sawah padi...

salam...
sedar x sedar da nak sampai hujung minggu pun...
pelbagai rintangan dan haluan yang dah aku tempuh sepanjang minggu ni...

debate da lepas...
alhamdulillah,berjalan dengan lancar...
masa debate pun x tension sangat since kitotang da cadang nak wat lex lex je...

hari ni ade persuasive speech and test economy...

persuasive speech aku bertajuk "rather go naked or wear fur"...
kawan aku yang cadangkan tajuk ni...
ok la performance aku tadi...
xde la rase terok sangat n xde la great sangat...

test economy yg baru je selesai jam 10:10 amat mendukacitakan...
even belajar x habis tp x sangka pulak yang da belajar tue boleyh la plak lupa...
sengal betol...tension aku...
rase nak nanes pun ade...
gile2 punye lost la tadi...
xtaw nape... ;( ;( ;(

malam ni jugak kena siapkan first draft for term paper...
kena wat past year question lagi...
harap ditabahkan hati ini sampai besok at least...

kenapa lah satu hari tue kena ade 2 perkara yang sangat penting untuk kita kejar n buat...
semalam betol2 dalam dilemma...
nak wat persuasive speech dulu ke bace eco dulu...
xnak hilang dua dua...
tidor pun da xbetol...
mate confirm2 da ghupe panda...

muhshi2:hope sgt test eco ni xla terok sangat markah nye...pray for me...
muhshi2:besok cadang nak kuar berjimba setelah sekian lame menderita...
muhshi2:semoga dapat siapkan keje yang perlu siap...

Saturday, August 21, 2010

schedule for 2 weeks...


muka aku sepanjang dua minggu yang akan datang..
amacam..? hahahhaha


macam nak gila.terharu.sedeyh.gembira...
semue bercampur baur...


muka aku + feeling aku minggu nie...
"comeyh" kan..?
gembira gila kan..?

sunday
22/8/2010
10-12
Debate

monday
23/8/2010
Pusat Islam/Masjid Ashabul Kahfi
taklimat for pursue degree

tuesday
24/8/2010
-replacement class global issue
12-1.00
-replacement class bel
4-6p.m

wednesday
25/8/2010
DAY
-persuasive speech/public speaking
4-6p.m
I PUNYE GILIRAN NO.3... matilah...
-submit outline for debate and persuasive speech
NIGHT
test 1 for economy
8:30-10.00 p.m

end for 1st week...

muke and feeling for next week...
amcam?cantaek kan..?

monday
30/8/2010
-global issue test 2
12-2
-replacement class bel for 5/9/2010
4.6 p.m

wednesday
1/9/2010
quiz 2:economy
8-10 a.m

thursday
-law presentation for tort..
false imprisonment...
12-1
-final exam bel 342
4-6p.m
-BALIK KAMPONG FOR HARI RAYA AIDILFITRI...

muka syok boley balik kampong...
xsabar nak pegi maen mercun ngan adik n abg kesayangan...

antara banyak2 hari,hari khamis minggu depan gak aku heppy...
usaha,penat lelah menggantikan kelas untuk balik awal sempena hari raya berbaloi sebab dapat balik awal seminggu dari tarikh sepatutnya...thumbs up ;)

muhshi2:wish me luck for all those test,presentation...
muhshi2:wish me face this 2 weeks smoothly...
muhshi2:wish me the best for debate, public speaking and test this week...

Friday, August 20, 2010

BADAK BERENDAM malukan aku!!!


salah satu pengalaman yang bagi aku agak memalukan la...
aku xtahu apa itu badak berendam...
ini semua gara2 xsuka makan makanan yang pelik2...
hahhaahhahahaha...

pnjam dr moyang google.com...

dulu masa belajar kat mrsm lenggong perak...
masa bulan puasa, petang2 boley kuar g bazar ramadhan kt lenggong tu...
tapi perempuan and lelaki xboley kuar same2...
setiap hari gilir2...

ada 1 hari tue aku kuar ngan kawan aku...
tetiba ade mesej masuk...teeetttt,tteeettt...(kantoi wak hp g skool)
"ishma,tolong beli kan kuih badak berendam"
first impression aku... ''gila ke ape...badak berendam kat zoo tepen la..."
ade ke plak suruh aku beli kat bazar ramadhan...

aku ingat mamat ni memang saje nk wat lawak n nk prank aku...
aku pun beli la cucur badak yg biase tue...
dgn confident nye nih...

actually waktu tue x terpikir pun nk tanye pakcik makcik yg jual kuih muih tue...
kang ttbe tanya pak cik tue jawab "badak berendam kt zoo la nak ooi buakn kt bazar ramadhan ni...!!!"
wat malu aku je klau pakcik tue jawab cm nie...
so aku pun beli la cucur badak biase je...

da sampai maktab aku pun kasi...
ttbe dorg wat muka pelik...
aku tnye n dye ckp...
"ni cucur badak la bukan badak berendam..."

dgn muka selamber badak nye n muke x bersalah aku cakap...
"mne aku taw...ingatkan korg sje2 nk kenakan aku"
dorg gelak gile2 tahap dewa pun x macam tue la...
dorg cakap badak berendam kt zoo je ke yg ko taw...
satu hari satu malam kena gelak...
cait!!!

waaaa!!!!
malunya eden waktu tue tapi aku wat bodo je...
mne aku taw ade cucur badak berendam...
yang orang2 tua pun asal bagi nme kuih cm tue...
xyah la gune nme binatang... siap dengan perbuatan nye sekali...

haish!!!
wat susah n malu aku je....
ahhahhahaa...
xnak jugak salahkan diri sendiri ni...

muhshi2:len kali kalau aku memang xtaw bende tue aku xnak tolong belikan... lantak la korang nak cakap ape pun...ade aku kisah....haahhahahaha...sebab aku boleyh dapat malu...
waaaaa...

muhshi2:roomate aku gelakkan aku gila2 bangang bila aku cite bende ni... bukan nak kesian tp gelakkan lagi ada... hahahhahaa...

muhshi2:adios!!! boinas noches...sila gelakkan aku...

Wednesday, August 18, 2010

ragam manusia!!!

Kenape dengan kau ye kawan..?

Kenape ko cam x puas hati je ngan aku..?

Mula2 aku ingat bende ni perasaan aku je…

Tapi sampai skang ko berperangai camtu lagi…

Dengan orang laen kau elok je…

Kenape dengan aku tidak..?

Aku buat salah ape ye kat kau…?

Setahu aku xde, sebab kita memang jarang bercakap…

So aku xdapat nak taw sebab ape ko cm bermusuhan dengan aku sedangkan kita xselalu bercakap sebab aku rase kalau kita selalu bercakap mungkin la ade sebab nye ko xsuke aku…

Kan..?

Setahu aku, seingat aku,aku memang xde wat salah pape dengan kau…

Kalau ade aku mintak maaf banyak2 and tolong gtaw aku nape kau x suke aku…

Boleyh x..?

Sebab aku xsuke la berada dalam situasi cam ni…

Menyesakkan kepala otak aku…

Kadang2 aku hairan jugak…

Kita x kenal orang tu tapi orang tu xsuke kita…

Apekejadahnya itu…

Don’t judge a fruit by its cover la babe…

Sampai ada kadang2 tu aku sanggup buat ape saja untuk orang yang cm xde reason untuk xsuke aku…

Kalau tetiba dia mintak tolong,aku terus setuju…

Sebab ape..?

Sebab aku nak dia kawan ngan aku…

Sebab nak dia suka aku…

Sebab nak dia anggap aku ni boley jadi kawan yang baik untuk dia…

Aku berusaha walaupun aku xpasti dengan resultnya sebab mak aku cakap…

“kalau orang buat jahat ngan kita,jangan balas dengan kejahatan jugak…balas dengan kebaikan n berdoa la kt orang tu…”

Aku dah berusaha tapi kau xnampak…

So lepas ni jangan terasa plak ye kalau aku xlayan kau..?

Bukan nak berdendam cuma aku nak take time redakan jiwa aku yang kacau ini…

Harap maklum…

CONTOH UMUM:

Even ramai cakap xsuka kat someone tu ko jangan la terus xsuka orang tue…

Cuba ko judge dulu orang tu macam mane…

Ko kenal dulu hati budi dia….

Lepas ko kenal n ternyata ko xsuke orang tue up 2 u la nk suka dia ke benci ke ape ke...

Boleyh x..?

Be fair la…

muhshi2: kawan,rakan,teman,sahabat memang susah nak dijangka... pape pun terima mereka seadanya sebagaimana kita menerima mereka seadanya...

muhshi2:aku terasa ngan kau tapi aku still sayang ko and xkan sesekali ungkit apa yang aku x puas hati sebab aku sayang persahabatan ini...

Tuesday, August 17, 2010

paaadiaa xtaw...

hari ni nurrul ishmah bangun pukul 7:57 minit pagi...
pukul 8:00, nurrul ishmah ada kelas...
betapa terkejut nya dia pada pagi ini...
entah macam mana dia dan kawan dia xsedar...
ish3x!!! letih sangat ke nurrul ishmah oit!

terbagun pukul 7:57 tu pun sebab kawan yang kejut...
kalau idak burn la kelas pagi tadi...
mula2 ingat xnak mandi dah coz xsempat sangat2...
tapi mandi jugak coz t xde sape2 nk kawan...
hehehehehhehe...

da la pagi tadi perut nurrul ishmah buat hal dlam mase yang same...
choii betol...
nurrul ishmah sangat suka situasi pagi tadi ye...

sampai kelas pukul 8:20...
"miss,sorry late..."
"why?"
"overslept miss"
"ok..."
nurrul ishmah sangat berterima kasih sebab miss x marah ye...

setelah nurrul ishmah pikir2, kenapa xbangun ye..?
mungkin sebab bangun banyak kali kut tengah malam...
tapi actually xde la banyak kali sangat...

pukul 5:15 bangun sahur...
roti gardenia bersama nutella...
take time jugak sebab mulut malas sangat nak kunyah...
then tidor balik...

pukul 6:00 bangun solat subuh...
then tidor balik...

pukul 7:57 sedar n menggelabah macam ayam berak kapur...
masuk kelas ade kawan cakap...
"kelas memang start pukul 8:30..."
cait!!!tp nurrul ishmah x terasa pun...
da biasa da...lagipun bukan nye first tyme...
hehehhehehehe...

minggu ni debate x jadi...
tunda minggu depan..
sekian...
wabillahhitaufik wal hidayah assalamualikum warahmatullah hiwabarakatuh...

muhshi2: jangan selalu buat alasan lah... orang da makin benci nak dengar... sebab bila orang bagi alasan macam kau jugak kau xterima pun alasan diorang...

Monday, August 16, 2010

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

semakin lama dalam bulan puasa ni semakin banyak godaan n cobaan nye...
harap2 dapat menempuhnya dengan mudah dengan disusuli barakah dari Allah SWT...

manusia x pernah puas dengan apa yang dimiliki...
begitu jugak aku sebagai insan yang sememangnya x sempurna...
sedar yang perasaan x bersyukur ini xelok n xbaek...
tapi sebagai manusia biasa susah sangat nak elak perasaan tu dari muncul dalam diri...
ada sesiapa ada solution untuk ini?

muhshi2:selamat berbuka puasa kat semua...
muhshi2semoga bulan ramadhan ini boley jd bulan untuk kita semua masing2 mula mengubah diri kita ke arah yang lebih baek dan lebih diberkati Allah...

Sunday, August 15, 2010

selamat berbukak puase semue...
semoga ape yang kita semua makan hari ini diberkati Allah SWT....

kebaikan semayang tawarikh bak kate upin n ipin adalah...

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

jh



Tuesday, August 10, 2010

macam macam ada...

BALIK KAMPUNG!!!

hari ni aku n most of student uitm kedah balik...
sempena awal ramadhan yang mulia ini...
disebabkan ini jugak kitorang terpakse ganti kelas awal2 n sanggup berkorban apa saja...
hahahaahhahahaha...
rase cm nak balik Raya plak...hahahahahaaa....

best nye dapat berbukak puase and bersahur kt rumah...
hehehhehe...
dah la semue family ade kat rumah...
syok ngat aih...

HAPPY BIRTHDAY awak!!!

hari ni merupakan hari ulangtahun perkahwinan aku ngan ehem2...
hehehehee...
selamat hari lahir yang pertama awak...
saya sayang awak sangat2...
terima kasih sebab selalu ngan saye...
walaupun awak ade hilang seminggu...
tapi saya tetap sayang awak...

awak la salah satu medium peneman saye di kala suka dan duka...
tq taw awak...
xtaw camne nak balas jase awak...

last but not least...
heppy birthday blog Kembang Perawan @ Senandung Semalam...
saya sayang awak...
ingat tuh...
hehehehehe

AWARD FROM sis puteri...

tq sis puteri... nice to know u lah...

1) Bagi pulak award nie kt 5 org yg korg rsa ada nilai2 persahabatan yg baik dlm dunia blogging ni.

sofee

nash

syah

nick irfan

umar

2) Apa nilai persahabatan pd stiap 5 org tu? war-warkn..

semuenye kawan2 blogger yg shempoi2… boley nk bergelak ketawa and rase sedeyh bile bace blog mereka…suka2…

3) Sla gtaw apa perkara plg hebat + penting pernah korg buat sbg seorg shbt. Untuk kta suma jadikan panduan dan ikatan.

Bagi kasih sayang…walaupun ade yg xtaw kita sayang mereka ini… ade waktu mereka suka atau duka… buat yang paling terbaik sebagai kawan mereka… jangan sesekali meremehkan masalah kecil yang kemudiannya boley bawak kepada masalah besar… kita just assume benda tu as lumrah hidup je…


Anda rsa entry sy yg manakah yg plg best dibaca?

Semue entry la…sebab semuenye menarik untuk dibace and ade certain yg boleyh buat as panduan yg baek…

Blog yg manakah plg kerap anda singgah?

Blog yg sye follow and yang selalu hupdate n blog yang datang usha blog saya…

Blog anda sudah berapa thn terbina?

10/8/2010 ni cukup setaun…

Tag kpd 3 yg lain.

hariz

munirah

ika


Blogwalking

Dimanakah anda selalu BW?

Blog yg selalu hupdate n dating singgah blog saye ;)

Kenapa anda suka sgt BW?

Dapat heppy kan hidup saya n boley dapat banyak informative info…

Apa yg akan anda dpt klaw BW?

Macam2…

Perasaan org yg di BW oleh anda?

Suka kot…hahhahahhaa

Tag 5 rakan anda di sini.






muhshi2:selamat berpuase semua...
muhshi2:selamat bersahur jugak...hahhaahhaha...
muhshi2:bye2 you all...