i HEART u

Tuesday, June 8, 2010

boleh ke tidak???

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?

Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah

Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah

Penawar hati kekasih Allah, susah senang rela bersama

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aisyah?

Isteri Rasulullah yang bijak

Pendorong kesusahan dan penderitaan

Tiada sukar untuk dilaksanakan

Mengalir air mataku melihat pengorbanan puteri solehah

Siti Fatimah akur dalam setiap perintah, taat dengan abuyanya

Yang sentiasa berjuang, tiada memiliki harta dunia

Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga

Ketika aku marah,ingin ku titip serpihan sabar dari catatan hidup Siti Sarah

Tabahi jiwaku setabah umi Nabi Ismail

Mengendong bayinya yang masih merah

Mencari air penghilang dahaga di terik padang pasir merah

Ditinggalkan suami akur tanpa bantah

Pengharapannya hanya pada Allah

Itulah wanita bernama Siti Hajar

Mampukah aku menjadi wanita solehah?

Mati dalam keunggulan iman

Bersinar harum tersebar

Bagai wanginya pusara Masyitah…


mampu ke tidak?

boleh ke tidak?


6 comments:

Jantan Keparat said...

insyaALLAH boleh n mampu!

senandung semalam said...

amin......

sHaH said...

jangan dibanding diri dengan mereka tapi berusahalah seperti mereka...

hans said...

betul komen shah tu
den sokong 100%

nas said...

berusahalah spt mereka....Insya-Allah......jgn kata tidak.....

senandung semalam said...

thanx shah, hans and nas... ;)))