i HEART u

Wednesday, June 23, 2010

CIRI2 BAKAL SUAMI PILIHAN YG PERLU ADA DALAM DIRI PARA LELAKI...


  • Kuat agamanya
    Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.
  • Baik akhlaknya
    Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.
  • Tegas mempertahankan maruah
    Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?


  • Amanah
    Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.
  • Pemurah tetapi tidak boros
    Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.
  • Tidak liar matanya
    Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.


  • Terbatas pergaulan
    Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.
  • Rakan pergaulannya
    Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.
  • Bertanggungjawab
    Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.
  • Tenang wajah
    Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

21 comments:

AesyaZealous said...

tidak liar matanya..

susah nak cari ni..hahah

Khai The Kerozer said...

calonnya di sini....
pemilik blog ini
http://padasaatini.blogspot.com


wakaka

Syarifah Nadiah said...

nice en3 !

•myraSHJ• said...

nasib bini aku da ade sme2.
Amin~

nas said...

nice sharing.....:)
suami yg baik juga untuk isteri yang baik..insya-Allah..

cahayachenta said...

minta2 la di anugerahkan lelaki seperti di atas..

reen_sofee said...

weh!!
kaw tuh ade sume nye!!
tapi aku yg tak layak untuk die!
sedih!!

soffea said...

mudah2an kite jumpe suami yg soleh. aminn~

:: Menjadi yg solehah adalah lebih baik dr mencari yg soleh ::

so, same2 kite menjadi yg soleh n solehah ya~

yeah. hehe =)

kumbang hitam said...

kalo nk dpt lengkap semua mmg susah..
tidak liar matanya = menjaga penglihatan

aku ada sorg kawan... lengkap semua ciri-ciri yang ko nyatakan ni... tabik springg...

amaa said...

aku rase nak kawin la pulak
heeee ;D

mR.sYaH said...

ehem2..

bagus entri nih..

hellioz said...

kalau lu jmpe org camni
roger gwa
gwa nak salam ngn dia

gyahahaahahaahah~

Sidratul Muntaha said...

Ada lagi ke lelaki macam ni kat muka bumi?Teruskan mencari.Insya Allah. Ada tapi tersorok kat celah-celah tempat.

NICK IRFAN said...

kjab sy nk check ada x? eh! smua ada la kecuali kuat agama dan tegas pertahankan maruah kot? yg tu kurang sikit... hehehe

madie said...

luv2:P

Privacy_Resident said...
This comment has been removed by the author.
Privacy_Resident said...

adakah saya yg dicari? :P

Blog saya merepek je

iqbalsyarie said...

sgt ada..banyak~
Latest post: cerita lima ratus

blakepaghe said...

aduh..mata pakcik liar...susah nak jinak...hehe

♥ ♥ ♥ ctiey ♥ ♥ ♥ said...

huhu...
sume org nk laki cam tuh..=))

btw..nice post!..

folow2 la blog sy ekk..

http://owlkieranaa.blogspot.com/

Hariz said...

Adakah saya ada ciri2 di atas?
houcchhhhh