i HEART u
Sunday, August 29, 2010
kenape mandat awak besar sangat dalam hidup saye..?
Saturday, August 28, 2010
aku ade panyakit kronik?
Wednesday, August 25, 2010
jiwa kacau...dalam hati ade sawah padi...
Saturday, August 21, 2010
schedule for 2 weeks...
.jpg)




Friday, August 20, 2010
BADAK BERENDAM malukan aku!!!

Wednesday, August 18, 2010
ragam manusia!!!
Kenape dengan kau ye kawan..?
Kenape ko cam x puas hati je ngan aku..?
Mula2 aku ingat bende ni perasaan aku je…
Tapi sampai skang ko berperangai camtu lagi…
Dengan orang laen kau elok je…
Kenape dengan aku tidak..?
Aku buat salah ape ye kat kau…?
Setahu aku xde, sebab kita memang jarang bercakap…
So aku xdapat nak taw sebab ape ko cm bermusuhan dengan aku sedangkan kita xselalu bercakap sebab aku rase kalau kita selalu bercakap mungkin la ade sebab nye ko xsuke aku…
Kan..?
Setahu aku, seingat aku,aku memang xde wat salah pape dengan kau…
Kalau ade aku mintak maaf banyak2 and tolong gtaw aku nape kau x suke aku…
Boleyh x..?
Sebab aku xsuke la berada dalam situasi cam ni…
Menyesakkan kepala otak aku…
Kadang2 aku hairan jugak…
Kita x kenal orang tu tapi orang tu xsuke kita…
Apekejadahnya itu…
Don’t judge a fruit by its cover la babe…
Sampai ada kadang2 tu aku sanggup buat ape saja untuk orang yang cm xde reason untuk xsuke aku…
Kalau tetiba dia mintak tolong,aku terus setuju…
Sebab ape..?
Sebab aku nak dia kawan ngan aku…
Sebab nak dia suka aku…
Sebab nak dia anggap aku ni boley jadi kawan yang baik untuk dia…
Aku berusaha walaupun aku xpasti dengan resultnya sebab mak aku cakap…
“kalau orang buat jahat ngan kita,jangan balas dengan kejahatan jugak…balas dengan kebaikan n berdoa la kt orang tu…”
Aku dah berusaha tapi kau xnampak…
So lepas ni jangan terasa plak ye kalau aku xlayan kau..?
Bukan nak berdendam cuma aku nak take time redakan jiwa aku yang kacau ini…
Harap maklum…
CONTOH UMUM:
Even ramai cakap xsuka kat someone tu ko jangan la terus xsuka orang tue…
Cuba ko judge dulu orang tu macam mane…
Ko kenal dulu hati budi dia….
Lepas ko kenal n ternyata ko xsuke orang tue up 2 u la nk suka dia ke benci ke ape ke...
Boleyh x..?
Be fair la…
muhshi2: kawan,rakan,teman,sahabat memang susah nak dijangka... pape pun terima mereka seadanya sebagaimana kita menerima mereka seadanya...
muhshi2:aku terasa ngan kau tapi aku still sayang ko and xkan sesekali ungkit apa yang aku x puas hati sebab aku sayang persahabatan ini...
Tuesday, August 17, 2010
paaadiaa xtaw...
Monday, August 16, 2010
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Sunday, August 15, 2010
Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
jh
Tuesday, August 10, 2010
macam macam ada...

1) Bagi pulak award nie kt 5 org yg korg rsa ada nilai2 persahabatan yg baik dlm dunia blogging ni.
2) Apa nilai persahabatan pd stiap 5 org tu? war-warkn..
semuenye kawan2 blogger yg shempoi2… boley nk bergelak ketawa and rase sedeyh bile bace blog mereka…suka2…
3) Sla gtaw apa perkara plg hebat + penting pernah korg buat sbg seorg shbt. Untuk kta suma jadikan panduan dan ikatan.
Bagi kasih sayang…walaupun ade yg xtaw kita sayang mereka ini… ade waktu mereka suka atau duka… buat yang paling terbaik sebagai kawan mereka… jangan sesekali meremehkan masalah kecil yang kemudiannya boley bawak kepada masalah besar… kita just assume benda tu as lumrah hidup je…
Anda rsa entry sy yg manakah yg plg best dibaca?
Semue entry la…sebab semuenye menarik untuk dibace and ade certain yg boleyh buat as panduan yg baek…
Blog yg manakah plg kerap anda singgah?
Blog yg sye follow and yang selalu hupdate n blog yang datang usha blog saya…
Blog anda sudah berapa thn terbina?
10/8/2010 ni cukup setaun…
Tag kpd 3 yg lain.
Blogwalking
Dimanakah anda selalu BW?
Blog yg selalu hupdate n dating singgah blog saye ;)
Kenapa anda suka sgt BW?
Dapat heppy kan hidup saya n boley dapat banyak informative info…
Apa yg akan anda dpt klaw BW?
Macam2…
Perasaan org yg di BW oleh anda?
Suka kot…hahhahahhaa
Tag 5 rakan anda di sini.
Sunday, August 8, 2010
KELEBIHAN BULAN RAMADHAN AL MUBARAK
Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :
1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."
Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.
2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."
Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi
3. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).
Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."
Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi
4. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.
Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "
Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.
5.Puasa menurut yang disuruh dan menjauhkan segala pantang larangnya, diampunkan dosanya dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah yang indah di dalam syurga .
6.Barangsiapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadhan, ditulis pada tiap langkahnya ibadatnya setahun dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota yang bercahaya indah cemerlangnya dan yang berbakti kepada ibu bapanya, Allah memandang rahmat kepadanya dan isterinya yang berbuat sesuatu mencari keredhaan suaminya maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya seperti Siti Mariyam dan siapa menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya dan siapa bersedekah kepada fakir miskin ( yang berada anak isterinya ) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya . ( Al-Hadith )
7.Orang yang sembahyang pada bulan Ramadhan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya seribu tujuh ratus kebajikan dan dibinakan rumah di dalam syurga daripada permata . Bagi orang yang berpuasa dan beribadat , tujuh puluh ribu Malaikat meminta ampun baginya daripada pagi hingga tenggelam matahari dan dibina sebuah mahligai baginya .
8.Ramadhan ertinya bulan mendapat keredhaan Allah dan keampunan Allah bererti memberi jaminan ( kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat ) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar-benar melakukan ibadat keranaNya pada bulan Ramadhan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatulqadar .
9.Puasa itu perisai dan sedekah itu memadamkan kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api .
10.Sabda Nabi saw :
“ Diberikan kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat- umat dahulu sebelumnya .”
Bau mulutnya orang puasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah .
Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya .
Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatulqadar .
Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan digandakan kepada sepuluh hingga tujuh ratus ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berpuasa menahan syahwatnya, makan minumnya kerana Aku .
Dan mereka dikurniakan nikmat, kepada mereka keseronokan ketika berbuka dan ketika menemui Tuhan di akhirat
( Al-Hadith )
muhshi2:selamat menyambut ramadhan al mubarak...
muhshi2:semoga kita semua memperoleh keberkatan dan kemuliaan di bulan yang mulia ini.
muhshi2:semoga kita semua jugak dapat ubah diri kita ke arah kebaikan.